KENAPA PERLU MENYIMPAN DAN MELABUR EMAS DAN PERAK?
Penyimpan nilai terbaik.
Nilainya kekal sampai bila-bila inshaAllah. Sabda nabi yang bermaksud, sampai satu masa nanti tiada apa yang bernilai melainkan emas dan perak.
1400 tahun dahulu di zaman Nabi Muhammad SAW, 1 dinar emas boleh ditukarbeli dengan seekor kambing. Kini, 1 dinar emas juga boleh beli seekor kambing.
Kebal inflasi.
Tidak boleh dimanipulasi, tidak boleh dicetak atau cipta menyebabkan tidak susut nilai seperti wang fiat. Sistem ekonomi yang sedia ada dengan penggunaan wang fiat menyebabkan kos sara hidup semakin meningkat dan terus meningkat disebabkan susut nilai wang fiat dihakis oleh inflasi. Nilai RM 1000 hari ini dengan 10-20 tahun akan datang tidak sama kerana menyusut.
Wang fiat yang ada sekarang tidak lagi disandarkan kepada nilai emas, hanya berdasarkan "kepercayaan" semata-mata terhadap kertas itu. Mudah dicetak dan dimanipulasi menyebabkan inflasi.
Kewangan lebih kukuh dan terjamin bila menyimpan emas berbanding wang fiat.
Contoh kegagalan wang fiat banyak sekali berlaku dalam sejarah dunia seperti contoh di Zimbabwe dan yang paling dekat dengan kita adalah wang Jepun (pokok pisang) sewaktu penjajahan mereka di Tanah Melayu, Jepun mencetak sebanyak-banyaknya wang 10 dollar ini sehingga menyebabkan hyperinflasi. Kemudian Jepun mencetak note 100 dollar dan kemudiannya note 1000 dollar. Bagi pihak Jepun, mereka boleh membeli apa sahaja barangan yang mereka mahu. Mereka cuma perlu mencetak wang. rakyat Tanah Melayu yang menanggung akibatnya, wang tidak laku, harga makanan meningkat, rakyat Tanah Melayu kesusahan dan makan ubi kayu. Sebaik sahaja Jepun kalah dalam peperangan dan meninggalkan Tanah Melayu, wang Jepun hanyalah kertas tanpa nilai.
Penghalang kebocoran wang.
Mencegah wang anda daripada bocor dengan menukarkan sebahagian simpanan daripada pendapatan bulanan segera kepada bentuk emas dan perak, selamat daripada dibelanjakan kepada perkara-perkara tidak sepatutnya.
Terjadi selalu terutama bila anda jenis tak mampu merancang kewangan dengan baik, berbelanja mengikut kehendak nafsu lebih dari keperluan. Jenis yang nampak duit ada sahaja yang mahu dibeli.
Satu kajian yang dibuat pada 2012 menunjukkan Generasi Y menyimpan lebih banyak simpanan di akaun simpanan? Lebih banyak kebocoran yang akan berlaku.
Kecairan emas tinggi.
Mudah dijual beli untuk dapatkan wang tunai. Boleh dipajakkan di Ar-Rahnu jika memerlukan tunai segera. Public Gold menyediakan platform untuk jual beli emasnya 24 jam dengan harga yang dikemaskini setiap 20 mimit mengikut harga pasaran dunia.
Harga PG Sell dan PG Buy Emas Public Gold (www.publicgold.com.my)
Pajak gadai Islam Ar-rahnu menawarkan upah simpan yang murah daripada faedah pinjaman bank dan emas yang disimpan adalah selamat.
Kecairan emas lebih tinggi berbanding aset lain seperti rumah, hartanah dan kereta. Emas boleh dipajakkan di Ar-rahnu bagi mendapatkan tunai segera.
Merupakan kekayaan sebenar.
Emas merupakan kekayaan sebenar. Harga sahaja yang berubah, tetapi tidak pada nilainya, dulu, kini dan selamanya nilai akan kekal. Mengumpul kekayaan dengan emas dan perak apabila cukup nisab dan haul, Allah telah perintahkan kita mengeluarkan zakat ke atas emas dan perak. Hikmahnya kekayaan yang ada dapat juga dikeluarkan untuk membantu golongan yang memerlukan selain menyuburkan harta kekayaan anda :). Pernah dengar orang ada emas miskin? Orang tetap cakap kaya walau tak tahu sikit atau banyak jumlah emas yang ada :)
Emas adalah magnet kepada Kekayaan bagi penyimpan dan pelaburnya :)
Kenaikan harga emas dalam tempoh jangka panjang membuktikan kuasa beli meningkat dengan emas.
Post a Comment