![]() ![]() | |||||||||||||||||||||||
Monday, 10 February 2014
NILAI DAN HARGA
Ada bezanya.
Jika saya katakan harga emas 1 Kg terkini adalah hampir RM 150K, itu maksudnya ia dinilaikan dengan wang.
Jika mahu saya nilaikan dengan rumah mungkin setimpal dengan rumah apartment/flat sederhana di Kuala Lumpur ni. Mungkin, sebagai tukarannya.
Jika mahu dinilaikan dengan kereta, Vios atau Honda City mungkin. Tidak mungkin dengan nilai Bently yang harga berjuta bukan? Itu pun anda tak mahu beri kerana bukan itu nilainya. Tidak mungkin juga dengan sebuah Myvi, saya pun tidak mahu kerana itu bukan nilainya.
Cuma kebanyakan benda di nilai dengan RM,mudah. Jadi soal harga bergantung kepada nilai duit tersebut. Nilai wang RM dahulu dan sekarang sudah pasti turun atau susut. Nilai wang juga kerap bertukar-tukar mengikut kadar semasa.
Nilai emas adalah sama. Ianya NILAI. Jadi harganya yang menunjukkan perbezaan kerana NILAI RM. Bukan nilai emas yang jatuh.
Hanya yang tahu NILAI mampu MENILAI.
Friday, 31 January 2014
ARRAHNU BUKAN TEKNIK PAKAI HANGUS
Contoh Arrahnu yang ditawarkan, oleh POS MALAYSIA
Arrahnu (sistem pajak gadai Islam) bukan teknik pakai hangus. Jika memang nampak tak boleh nak tebus, lebih baik emasnya dijual sahaja.. berkenaan harganya mahal atau murah waktu anda jual itu ikut anda kerana bila terdesak anda sendiri putuskan dan pilih, jadi sanggup. Jadi tak boleh katakan ada emas ini rugi kerana risiko setiap jenis pelaburan kita dah tahu awal-awal. Sebelum jadi rugi, dah tahu akan rugi tapi untungnya dapatlah tunai yang mahu walau sikit dari target anda.
Risiko mampu di elak atau meminimumkankannya dengan tahu bagaimana aku boleh rugi dalam pelaburan ini. Bukannya hanya tahu bagaimana aku boleh untung. Jadi anda ada ilmunya.
Soal wang anda, jangan serah pada pakar yang tentukan. Wang anda pilihan anda. Tanggungjawab anda.
Tentang wang, jangan percaya sesiapa termasuk saya.
Wallahualam.
Bantuan dan profilan emas dan perak, inshaAllah boleh hubungi saya.
Thursday, 9 January 2014
EMAS SEBAGAI PERTAHANAN KEWANGAN
Alhamdulillah. Hampir setiap orang yang saya jumpa mempunyai emas. Dalam urusan atau perihal kewangan, emas sebagai pertahanan. Kesedaran bagi seseorang ahli perniagaan kepada emas lebih tinggi berbanding individu.
Ya, emas sebagai pertahanan. Itu sebab dunia hari ini ramai yang dah mula sedar kepentingan dan penggunaannya dan pairing dengan perniagaan atau pembelian aset dan lain-lain.
Emas pilihan terakhir jika mengalami masalah kewangan, emas yang terakhir adalah mas kahwin yang sayang sangat untuk digadaikan. Tekanannya tinggi bila gadaikan emas kahwin kan, takut tak dapat tebus, sayang dan lain-lain. Tetapi terpaksa walaupun sedih kerana mereka tidak mempunyai emas lain dan tiada pilihan.
Anda pasti tak percaya jika berkenaan bab duit, rakan anda saudara dan adik beradik belum tentu akan bantu atau belum tentu ada keupayaan untuk membantu.
Jadi, persoalannya, sudahkan anda mempunyai emas sebagai pertahanan selain dari mas kahwin? Atau anda sedang menyimpan untuk mendapatkan pertahanan terbaik jika menghadapi masalah kewangan?
Anda di mana? Yang baru bermula menyimpan dari sepuluh sen? Mari saya bagi tips jadikan ia banyak supaya anda segera boleh dapatkan pertahanan bagi kewangan anda.
Kita juga boleh fikir mengapa negara-negara didunia terutama negara besar seperti US dan
China berlumba-lumba menambah stok simpanan emas mereka? Sudah tentu sebagai pertahanan kewangan, tidak hanya bergantung kepada penggunaan wang fiat, mereka juga bersedia menghadapi sebarang kemungkinan ekonomi di masa akan datang, membina benteng pertahanan yang kukuh untuk negara mereka. Akan datang tak tahu bila,mungkin kejatuhan wang fiat akan menyusut banyak dan tiada nilai, mungkin juga negara mereka dilanda hutang yang banyak, macam-macam kemungkinan boleh berlaku, bersedia sahajalah.
Semoga kita dipermudahkan inshaAllah.
Wallahualam.
Sunday, 22 December 2013
WORKMANSHIP COST
Kos upah adalah kos untuk tukang emas. Upah tersebut bagi membayar si tukang emas yang membentuk emas tersebut tidak kira dalam bentuk apapun seperti barang kemas dan lain-lain.
Kedai emas akan beritahu anda bahawa kos upah adalah bergantung kepada reka bentuk barang kemas tersebut. Namun kebiasaannya ialah apabila harga emas sedang naik, kedai emas akan menurunkan kos upah. Apabila harga emas menurun mereka akan menaikkan kos upah walaupun emas yang anda beli adalah emas yang sama. Inilah manipulasi yang dilakukan.
Kadang-kadang kedai emas menyembunyikan kos upah ini disebalik harga emas yang murah tetapi bila dikirakan rupanya kos upah itu sangatlah mahal. Ada juga kedai emas yang menyatakan kos upah didalam resit.
Biasakan bila kita beli emas, kita tak ambil tahu pun berapa harga emas, tahu saja murah contohnya beli ketika diwar-warkan murah tapi tak tahu pun berapa harga. Biasa juga yang dok tekan-tekan calculator tu si penjual sahaja. Kita asyik mintak kurang-kurang je hehe. Yang dikurang bukanlah harga emas tetapi kos upah. Sebab tu kita perlu tahu kos upah sebelum membeli barang kemas tersebut.
Kos upah biasanya berjumlah dari RM 50 -300 sehinggalah ke atas bergantung kepada design dan alasan-alasan lain penjuallah. Lebih mahal lagi jika kita tempah khas untuk majlis perkahwinan kita, ulahtahun dan lain-lain.
Pengiraannnya lebih kurang begini, Contohnya Asma beli cincin 2 gram yang mana harga pasaran emas adalah RM 150. Harga emas bernilai RM 300 tetapi bila dicampurkan dengan kos upah RM 70 contohnya, harga segram adalah RM 370/2= 185 segram!
Apabila kita hendak jual, susut nilai barang kemas lebih tinggi sehingga 25% dan mungkin lebih. Yang di ambil kira adalah berat emas dan harga emas itu sahaja.
Lepas anda beli barang kemas yang cantik dan mahal itu pula anda tak pakai? Rugi tak? Cantik tu.. barang kemas dibuat untuk di pakai, jika tak pakai diluar boleh pakai dalam rumah
Oleh sebab itulah, jika kita hendak menyimpan emas lebih baiklah kita menyimpan emas yang spreadnya atau susut nilai yang lebih rendah dan rupa bentuk bukan keperluan kerana ia untuk di simpan.
Terpulanglah. Fikir-fikirkan.
Wang anda pilihan anda.
Thursday, 19 December 2013
3 TINDAKAN YANG PERLU BUAT UNTUK BERMULA MENYIMPAN EMAS.
Hari ini sahaja harga emas turun sehingga bawah 1200 USD perounze. Bagi penyimpan emas, peluang ini tak perlu tunggu lagi dan segera tukarkan wang mereka kerana HARGA EMAS MENYAMAI DENGAN HARGA LOMBONG! ibarat anda pergi lombong dan beli sendiri, MURAH kan?!
ALHAMDULILLAH.
Bagi yang nak bermula, mahal katanya. Emas memanglah mahal, walaupun harganya tengah murah sekarang, murah untuk harganya tapi tak murah untuk poket anda betul? hehe, memanglah, kerana ia BERNILAI, sudah tentu mahal.
Jika ditanya berapa harga diri anda? Sudah tentu PRICELESS!! kan? sebab?
Sebab anda bernilai
Ada 3 tindakan yang perlu anda ambil.
1) Mulakan sekarang!
Beli dahulu barulah tunggu, bukannya tunggu masa yang sesuai untuk bermula.
2) Beli secara konsisten.
Anda akan memperoleh keuntungan dengan kaedah pemurataan kos.
3) Tambahkan stok emas ketika harganya jatuh.
Bila harga emas jatuh, maka ia mewujudkan peluang untuk menambahkan stok, dapat lebih berat dengan harga yang murah
Paling indah ketika bermula ketika harga rendah dan dapat beli banyak.
Wallahualam.
Friday, 13 December 2013
SPREAD / SUSUT NILAI
Satu lagi faktor penting dalam pembelian emas adalah spread atau susut nilai. Bagi seorang pembeli, apabila membeli emas, jangan tanya harga jual sahaja, perlu juga tahu harga beli semula oleh kedai atau syarikat. Kebanyakan ada yang terlupa perkara penting ini.
Mengapakah mengetahui susut nilai adalah penting? Bagaimana nak tahu susut nilai yang terbaik?
Mengetahui kadar susut nilai penting kerana ia menentukan berapa banyak dan berapa cepat keuntungan yang kita akan perolehi. Senang cerita lagi kecil susut nilai lagi banyak dan cepat untung. Jika terdesak untuk menjual emas anda (selain pilihan untuk pajak diarrahnu) pun pada waktu harga rendah tidaklah mengalami kerugian yang banyak. Sebelum itu kita kira spread/susut nilai dulu dengan menggunakan formula ini:
Sebagai contoh kiraan saya mengambil 1 dinar dari harga di atas, kadar spread bagi 1 dinar adalah 6%, mari kita kira ikut formula dapat tak;
Ok, dapatkan? Semakin kecil susut nilai emas tersebut semakin cepat ia mencapai keuntungan berbanding item yang mempunyai susut nilai tinggi. Sebagai contoh, susut nilai 10 dinar (boleh rujuk rajah) lebih kecil berbanding 1 dinar.
Jika Asma memiliki 10 dinar yang spreadnya 5%, sekiranya pergerakan harga emas naik 10%, keuntungannya adalah 10%-5%(spread 10 dinar)= 5%, Asrul yang mempunyai 1 dinar pula akan mendapat 10%-6%(spread 1 dinar)= 4% keuntungan. Kesimpulannya spread yang lebih kecil lebih cepat mencapai keuntungan dan lebih banyak untung kerana nilai item, harga dan berat juga besar. Erm maksud saya sudah tentula 5% daripada 10 dinar yang berharga RM 6049 lebih banyak daripada 4% daripada 1 dinar yang berharga RM 610.
Spread bagi produk bunga emas.
Jadi, pentingkan ketahui kadar spread walaupun ada membeli emas yang beratnya 1 gram dan juga barang kemas. Jika anda beli di kedai atau mana-mana syarikat jangan lupa tanya perkara penting ini. Sekiranya kadar spread lebih besar dari 10% emas tersebut tak sesuai untuk pelaburan. Barang kemas juga tidak sesuai untuk pelaburan kerana harga termasuk kos upah yang tinggi berbanding nilai berat emas yang sebenar. Susut nilainya sekitar 25%.
Barang kemas jenis I-Series sesuai untuk pelaburan kerana harganya pada harga kilang dan tanpa kos upah. Lebih nilai untuk wang anda sekiranya mahu jual beli kerana spreadnya rendah daripada barang kemas yang ada di pasaran. Harganya murah 15% daripada harga pasaran. Jadi, kenapa perlu bayar lebih? ;). Selain itu untuk anda beli dan jual semula boleh rujuk harga secara online 24/7 jam dan 360 hari setahun, InshaAllah. Mudahkan? :) Boleh lihat SINI Wallahualam. Thursday, 12 December 2013
PERJUANGAN. MOTIVASI KEWANGAN.
Perjuangan seorang atlet terbayar apabila matlamatnya untuk mendapatkan pingat emas tercapai. Bukan mudah, banyak liku, pengorbanan dan pelbagai cabaran dan tekanan yang perlu dihadapi. Disiplin dan komitmen yang tinggi. Berjuang dengan memastikan rekod sendiri sentiasa diperbaiki. Seterusnya menjadi terbaik. Antara sebab saya begitu mengagumi ahli sukan.
Juga ada rakan saya bertungkus lumus memastikan dia dapat emasnya yang pertama untuk memastikan dia menyimpan dan wangnya tidak bocor. Bukan mudah bagi seseorang yang tiada tabiat menyimpan untuk menyimpan, perlu disiplin, berjuang dan melawan nafsu kehendak diri sendiri. Saya kagum. Baru tahu jika paksa diri kita akan mampu buat.
Kepuasannya sama. Bila kita dapat apa yang kita hendak setelah berusaha bersunguh-sungguh, keseronokannya sama lah dengan atlet yang mendapat emas dan rakan yang berjaya mendapatkan emasnya. Kegembiraan mereka sama! :))) di mata saya.
Tahniah atlet-atlet Malaysia yang berjuang demi negara dan mendapat 3 pingat emas, 5 perak dan 11 gangsa setakat yang saya maklum. Tahniah
Alhamdulillah.
Bagaimana dengan perjuangan kita? Mahukah rasa kegembiraan yang mereka rasa
GILA BELI BELAH? MASAALAHKAH?
Bukan nak fokus pada kematian bunuh diri lelaki tu tapi perkara yang sebenar terjadi kat perempuan tu.
Tahu tak memang ada syaitan yang akan menghasut kita untuk membeli belah juga sewaktu membeli-belah. Jika tak silap nama syaitan itu wahan(saya pernah terbaca). Dia akan pengaruhi manusia untuk membeli barang-barang bukan keperluan dan rakus mengikut nafsu.
Syaitan ini suka berada di pasar dan pusat beli belah dan kedai-kedai. Sekarang saya percaya dia juga ada di fb dan internet bagi mempengaruhi manusia. Sudah tugasnya merosakkan manusia dan membuatkan manusia hilang akal bila berdepan situasi membeli-belah barang murah dan keinginan. Membeli apa yang tak perlu. Itu antara sebab terjadinya penyesalan selepas pulang ke rumah dengan barang-barang yang kita beli atau masa rasa kewangan lari bajet dan hutang kad kredit bertambah.
Rasa tak bila nak beli buku bacaan ilmiah untuk anak atau bacaan untuk diri sendiri duit rm 30 rasa begitu besar? Rasa mahal sangat? Rm 50 rasa dah besar sangat bernanding ilmu yang dapat. Kan? Tapi jika beli baju untuk anak-anak sampai sekali dua je pakai (saiz cepat tak muat), kadang harga tak masuk akal pun beli juga.
Syaitan wahan la tu. Menghasut..
Apa yang boleh kita buat nak elak beli barang yang tak perlu. Dapat sahaja gaji, simpan dulu. Jika simpan dalam akaun simpanan bahaya. Bila-bila akan terbocor sebab urusan jualan di internet guna online banking ;). Simpan dalam bentuk emas atau perak. InshaAllah wang tak bocor. Kemudian ingat betul-betul syaitan ni waktu rasa nak swipe je kad kredit. Memang dia la yang hasut tu. Tapi kalau kau swipe gak memang tak dapat tolonglah, memang kawan dia wakaka
Dalam kisah ni paling sedih adalah lelaki tu. Tertekan betul. Adakah pasangan kita tertekan juga dengan sikap yang sama kita?
Wednesday, 4 December 2013
MENGIRA HARGA EMAS
Sebelum itu, kita bercakap sikit mengenai harga emas yang turun. Harga emas yang turun hanya bersifat jangka pendek sahaja. Tetapi dalam jangka panjang harga emas terus meningkat. Selagi dunia menggunakan wang fiat sebagai medium pertukaran selagi itulah harga emas akan terus naik :). Gunalah peluang ini sebaiknya kerana peluang tak datang selalu. Berapa ramai kita yang rasa menyesal dalam hidup kerana gagal memanfaatkan peluang yang pernah datang dalam hidup kita? hehe ke situ pula. Maafkan saya.
Bagi penyimpan dan pelabur ini adalah peluang untuk menambahkan stok emas yang ada kerana memberi lebih nilai pada wang apabila harga rendah, sebab itu mereka kecoh, dengan manfaat harga rendah mampu memberikan pulangan tinggi apabila harga naik. Kelebihan sebagai dealer pula mereka akan menikmati rebat 1% daripada pembelian emas (lebih murahlah jadinya) dan 0.5% rebat di atas penjualan. Jumlah kesemua 1.5%. Menarik kan? Memang menarik!
Ok kita teruskan dengan kaedah mengira harga emas. Harga emas di pasaran adalah dalam USD perounze, di mana 1 Ounze = 31.1 gram
so, kita mendapati harga spot USD 1220.70 perounze. Kemudian dapatkan kadar tukaran USD dan RM di www.xe.com. Jadi kita akan mendapati;
Tapi belum habis lagi. Bagi harga pasaran atau jualan, harga ditetapkan dengan kadar premium oleh pedagan emas mengikut keperluan kos minting(tempa), assayer(pengesahan ketulenan emas), komisen jualan juga keuntungan syarikat dan ia sentiasa berbeza dan berubah-ubah.
Pilihan bagi pelanggan adalah memilih untuk membeli emas pada harga premium yang rendah selain itu memilih untuk membeli emas dari syarikat yang menawarkan kadar susut nilai yang rendah. Ini akan menentukan berapa cepat dan berapa banyak pulangan keuntungan diatas pelaburan. Pastikan juga memilih syarikat yang urusan jual beli adalah mudah dan mempunyai cawangan yang banyak.
Thursday, 28 November 2013
MAKCIK KAYA ORANG VIETNAM
Tengah hari tadi berjumpa seorang sahabat sudah 2-3 kali jumpa dia mengeluhkan pasal keadaan kewangan. Banyak duit habis kerana asyik beli makanan. Saya ceritakan bagaimana cara saya menyimpan bagi mengelakkan kebocoran wang dengan menyimpan Emas dan Perak. Bagaimana sekiranya perlukan wang dan juga menceritakan kelebihan menyimpan logam-logam ini.
Sedang masing-masing asyik bercerita, dia teringat pakciknya berkahwin kali kedua dengan seorang wanita rakyat Vietnam yang sangat kaya, sehingga mereka bertanyakan kepada makcik itu bagaimana dia boleh kaya sangat. Rupanya makcik tersebut pada waktu Perang Vietnam, mereka sekeluarga melarikan diri dan menanam sejumlah Emas di dalam tanah. Apabila habis sahaja perang, mereka kembali semula ke Vietnam dan menggali semula emas tersebut dan menggunakannya bagi meneruskan kehidupan waktu itu. Dengan warisan emas pada waktu itu, dia menjadi orang kaya sehingga hari ini. Benarlah emas meningkatkan kuasa beli kita. Bernilai sepanjang zaman, Alhamdulillah. PERANG VIETNAM
Ketika Perang Vietnam (1955-1975), beribu-ribu orang pelarian daripada Vietnam Selatan telah lari meninggalkan kampung halaman mereka. Mereka menjual seluruh harta benda seperti rumah, tanah kebun, ternakan dan kesemuanya telah mereka tukarkan ke dalam bentuk emas. Ini kerana mereka sedar bahawa emas diterima di seluruh dunia dan memudahkan mereka untuk hidup baru di negara yang akan mereka singgah. Bagaimana jika mereka bawa wang kertas Vietnam Selatan? Adakah negara yang mahu menerima wang kertas negara yang dalam peperangan? sudah pastilah tidak laku dan tidak mempunyai nilai. Untungnya kita negara masih aman dan makmur untuk kemampuan memiliki emas dan perak sebagai simpanan dan pelaburan masa depan. Alhamdulillah, fikir-fikirkan. Archive
Disclaimer
Salam perkenalan :) ![]() Blog ini diwujudkan untuk berkongsi ilmu yang berkaitan dengan Emas, Perak dan Wang kerana Semoga dapat memberi manfaat, inshaAllah. Contact
Chat
| |||||||||||||||||||||||
← older
Home
newer → | |||||||||||||||||||||||