Friday, 13 December 2013 3:13 pm
SPREAD / SUSUT NILAI

Sebelum ini kita telah pun belajar bagaimana mengira emas segram dengan menggunakan harga emas di pasaran dunia. Begitu juga bagaimana harga pasaran ditentukan termasuk dengan kadar premium bagi emas.


Satu lagi faktor penting dalam pembelian emas adalah spread atau susut nilai. Bagi seorang pembeli, apabila membeli emas, jangan tanya harga jual sahaja, perlu juga tahu harga beli semula oleh kedai atau syarikat. Kebanyakan ada yang terlupa perkara penting ini.


Mengapakah mengetahui susut nilai adalah penting? Bagaimana nak tahu susut nilai yang terbaik?

Mengetahui kadar susut nilai penting kerana ia menentukan berapa banyak dan berapa cepat keuntungan yang kita akan perolehi. Senang cerita lagi kecil susut nilai lagi banyak dan cepat untung. Jika terdesak untuk menjual emas anda (selain pilihan untuk pajak diarrahnu) pun pada waktu harga rendah tidaklah mengalami kerugian yang banyak.

Sebelum itu kita kira spread/susut nilai dulu dengan menggunakan formula ini:


Spread bagi produk Public Gold.

Sebagai contoh kiraan saya mengambil 1 dinar dari harga di atas, kadar spread bagi 1 dinar adalah 6%, mari kita kira ikut formula dapat tak;


Ok, dapatkan? Semakin kecil susut nilai emas tersebut semakin cepat ia mencapai keuntungan berbanding item yang mempunyai susut nilai tinggi. Sebagai contoh, susut nilai 10 dinar (boleh rujuk rajah) lebih kecil berbanding 1 dinar.

Jika Asma memiliki 10 dinar yang spreadnya 5%, sekiranya pergerakan harga emas naik 10%, keuntungannya adalah 10%-5%(spread 10 dinar)= 5%,

Asrul yang mempunyai 1 dinar pula akan mendapat 10%-6%(spread 1 dinar)= 4% keuntungan.

Kesimpulannya spread yang lebih kecil lebih cepat mencapai keuntungan dan lebih banyak untung kerana nilai item, harga dan berat juga besar.

Erm maksud saya sudah tentula 5% daripada 10 dinar yang berharga RM 6049 lebih banyak daripada 4% daripada 1 dinar yang berharga RM 610.


Spread bagi produk bunga emas.


Jadi, pentingkan ketahui kadar spread walaupun ada membeli emas yang beratnya 1 gram dan juga barang kemas. Jika anda beli di kedai atau mana-mana syarikat jangan lupa tanya perkara penting ini. Sekiranya kadar spread lebih besar dari 10% emas tersebut tak sesuai untuk pelaburan. Barang kemas juga tidak sesuai untuk pelaburan kerana harga termasuk kos upah yang tinggi berbanding nilai berat emas yang sebenar. Susut nilainya sekitar 25%.

Barang kemas jenis I-Series sesuai untuk pelaburan kerana harganya pada harga kilang dan tanpa kos upah. Lebih nilai untuk wang anda sekiranya mahu jual beli kerana spreadnya rendah daripada barang kemas yang ada di pasaran. Harganya murah 15% daripada harga pasaran. Jadi, kenapa perlu bayar lebih? ;). Selain itu untuk anda beli dan jual semula boleh rujuk harga secara online 24/7 jam dan 360 hari setahun, InshaAllah. Mudahkan? :) Boleh lihat SINI

Wallahualam.



















Post a Comment


Archive





Disclaimer

Salam perkenalan :)



Blog ini diwujudkan untuk berkongsi ilmu yang berkaitan dengan Emas, Perak dan Wang kerana


Semoga dapat memberi manfaat, inshaAllah.


Contact



Chat