Thursday, 9 January 2014 10:50 am
EMAS SEBAGAI PERTAHANAN KEWANGAN



Alhamdulillah. Hampir setiap orang yang saya jumpa mempunyai emas. Dalam urusan atau perihal kewangan, emas sebagai pertahanan. Kesedaran bagi seseorang ahli perniagaan kepada emas lebih tinggi berbanding individu. 


Ya, emas sebagai pertahanan. Itu sebab dunia hari ini ramai yang dah mula sedar kepentingan dan penggunaannya dan pairing dengan perniagaan atau pembelian aset dan lain-lain.

Emas pilihan terakhir jika mengalami masalah kewangan, emas yang terakhir adalah mas kahwin yang sayang sangat untuk digadaikan. Tekanannya tinggi bila gadaikan emas kahwin kan, takut tak dapat tebus, sayang dan lain-lain. Tetapi terpaksa walaupun sedih kerana mereka tidak mempunyai emas lain dan tiada pilihan.

Anda pasti tak percaya jika berkenaan bab duit, rakan anda saudara dan adik beradik belum tentu akan bantu atau belum tentu ada keupayaan untuk membantu.

Jadi, persoalannya, sudahkan anda mempunyai emas sebagai pertahanan selain dari mas kahwin? Atau anda sedang menyimpan untuk mendapatkan pertahanan terbaik jika menghadapi masalah kewangan?

Anda di mana? Yang baru bermula menyimpan dari sepuluh sen? Mari saya bagi tips jadikan ia banyak supaya anda segera boleh dapatkan pertahanan bagi kewangan anda.


Kita juga boleh fikir mengapa negara-negara didunia terutama negara besar seperti US dan 
China berlumba-lumba menambah stok simpanan emas mereka? Sudah tentu sebagai pertahanan kewangan, tidak hanya bergantung kepada penggunaan wang fiat, mereka juga bersedia menghadapi sebarang kemungkinan ekonomi di masa akan datang, membina benteng pertahanan yang kukuh untuk negara mereka. Akan datang tak tahu bila,mungkin kejatuhan wang fiat akan menyusut banyak dan tiada nilai, mungkin juga negara mereka dilanda hutang yang banyak, macam-macam kemungkinan boleh berlaku, bersedia sahajalah.

Semoga kita dipermudahkan inshaAllah.

Wallahualam.




Post a Comment


Archive





Disclaimer

Salam perkenalan :)



Blog ini diwujudkan untuk berkongsi ilmu yang berkaitan dengan Emas, Perak dan Wang kerana


Semoga dapat memberi manfaat, inshaAllah.


Contact



Chat