![]() ![]() | |||||
Thursday, 14 November 2013
BAGAIMANA NAK PAJAK EMAS DI ARRAHNU
Untuk pajak di Arrahnu, anda perlu membawa IC dan barang kemas yang mahu dipajak. kemudian serahkan je di kaunter Arrahnu. Tak perlu cakap apa-apa pun dia dah tahu. Tu je, senangkan? Hehe Kelebihan menyimpan emas ni bila waktu kecemasan seperti perlu wang tunai segera kita boleh pajakkan/gadaikan di mana-mana cawangan ar-rahnu seperti yang saya gunakan Arrahnu di Pos Malaysia.
Seperti contoh saya tadi dengan 2 dinar tadi Ar-Rahnu Pos Malaysia memberikan saya 75% dari harga emas berjumlah RM789.00 dengan kadar upah simpan 1% sebanyak RM7.84 sebulan. Jadi bila kita sudah ada wang, dapat saja gaji boleh tebus semula emas kita. Kelebihannya duit yang kita perlu untuk kecemasan tadi dapat dengan segera dan emas kita juga kita dapat balik.
Matlamat utama Ar-Rahnu, emas hanya sandaran sebentar sehingga kelapangan kewangan yang kita telah jangka contohnya gaji 28 hb tetapi roadtax kereta dah nak mati dan perlu diperbaharui, kita tahu akan ada wang itu. Maksud pajak hanya untuk rolling modal atau tunai segera. Belajar pajak perlu juga belajar ilmu tebus, perlu susun strategi dan beri keutamaan. Lebih cepat tebus lebih rendah upah simpannya.
Pilihan Ar-Rahnu juga penting. Jika memberi perkhidmatan upah simpan harian lebih menarik dan fokus pinjaman paling minima seperti contoh Arrahnu Pos Malaysia tadi menawarkan pinjiman minima RM 100.
Banyak sudah cawangan- cawangan Ar-Rahnu yang terima emas PG ini seperti koperasi contoh Koperasi Angkatan Tentera, Yapeim, UKM Koperasi, ArRahnu, KPKP, Koperasi Johor, Ar-Rahnu Express (Habib Jewel), Ar-Rahnu Pos Malaysia, Ar-Rahnu Kotani (Bandar Tasik Selatan), Bank Rakyat (Ar-Rahnu Exchage), Agrobank, Bank Islam, Bank Muamalat dan lain-lain.
TIPS: Elakkan menggunakan Arrahnu di bank kerana pajak sahaja di bank, akan masuk rekod CCRIS. Jika ada masalah payment pula akan tercatat rekod di CTOS. Ia seolah pantang bagi bank untuk meluluskan pinjaman akan datang, terutama nak buat pinjaman perumahan kelak.
Wallahualam. rese said on 6 March 2021 at 01:12 facebook,com Archive
Disclaimer
Salam perkenalan :) ![]() Blog ini diwujudkan untuk berkongsi ilmu yang berkaitan dengan Emas, Perak dan Wang kerana Semoga dapat memberi manfaat, inshaAllah. Contact
Chat
| |||||
← older
Home
newer → | |||||
Post a Comment