Thursday, 28 November 2013 11:48 pm
MAKCIK KAYA ORANG VIETNAM

Tengah hari tadi berjumpa seorang sahabat sudah 2-3 kali jumpa dia mengeluhkan pasal keadaan kewangan. Banyak duit habis kerana asyik beli makanan. Saya ceritakan bagaimana cara saya menyimpan bagi mengelakkan kebocoran wang dengan menyimpan Emas dan Perak. Bagaimana sekiranya perlukan wang dan juga menceritakan kelebihan menyimpan logam-logam ini.

Sedang masing-masing asyik bercerita, dia teringat pakciknya berkahwin kali kedua dengan seorang wanita rakyat Vietnam yang sangat kaya, sehingga mereka bertanyakan kepada makcik itu bagaimana dia boleh kaya sangat. Rupanya makcik tersebut pada waktu Perang Vietnam, mereka sekeluarga melarikan diri dan menanam sejumlah Emas di dalam tanah. Apabila habis sahaja perang, mereka kembali semula ke Vietnam dan menggali semula emas tersebut dan menggunakannya bagi meneruskan kehidupan waktu itu.

Dengan warisan emas pada waktu itu, dia menjadi orang kaya sehingga hari ini. Benarlah emas meningkatkan kuasa beli kita. Bernilai sepanjang zaman, Alhamdulillah.

PERANG VIETNAM


Pelarian Vietnam

Ketika Perang Vietnam (1955-1975), beribu-ribu orang pelarian daripada Vietnam Selatan telah lari meninggalkan kampung halaman mereka. Mereka menjual seluruh harta benda seperti rumah, tanah kebun, ternakan dan kesemuanya telah mereka tukarkan ke dalam bentuk emas.

Ini kerana mereka sedar bahawa emas diterima di seluruh dunia dan memudahkan mereka untuk hidup baru di negara yang akan mereka singgah. Bagaimana jika mereka bawa wang kertas Vietnam Selatan? Adakah negara yang mahu menerima wang kertas negara yang dalam peperangan? sudah pastilah tidak laku dan tidak mempunyai nilai.

Untungnya kita negara masih aman dan makmur untuk kemampuan memiliki emas dan perak sebagai simpanan dan pelaburan masa depan. Alhamdulillah, fikir-fikirkan.


Post a Comment


Archive





Disclaimer

Salam perkenalan :)



Blog ini diwujudkan untuk berkongsi ilmu yang berkaitan dengan Emas, Perak dan Wang kerana


Semoga dapat memberi manfaat, inshaAllah.


Contact



Chat