Wednesday, 4 December 2013 7:23 pm
MENGIRA HARGA EMAS


Sebelum itu, kita bercakap sikit mengenai harga emas yang turun. Harga emas yang turun hanya bersifat jangka pendek sahaja. Tetapi dalam jangka panjang harga emas terus meningkat. Selagi dunia menggunakan wang fiat sebagai medium pertukaran selagi itulah harga emas akan terus naik :). Gunalah peluang ini sebaiknya kerana peluang tak datang selalu. Berapa ramai kita yang rasa menyesal dalam hidup kerana gagal memanfaatkan peluang yang pernah datang dalam hidup kita? hehe ke situ pula. Maafkan saya.


Bagi penyimpan dan pelabur ini adalah peluang untuk menambahkan stok emas yang ada kerana memberi lebih nilai pada wang apabila harga rendah, sebab itu mereka kecoh, dengan manfaat harga rendah mampu memberikan pulangan tinggi apabila harga naik. Kelebihan sebagai dealer pula mereka akan menikmati rebat 1% daripada pembelian emas (lebih murahlah jadinya) dan 0.5% rebat di atas penjualan. Jumlah kesemua 1.5%. Menarik kan? Memang menarik!


Harga Emas Meningkat dalam Jangkamasa Panjang. Tak perlu nak teremosi pula dengan penurunan sekarang ok, hehe, yang penting rebut peluang.

Ok kita teruskan dengan kaedah mengira harga emas.

Harga emas di pasaran adalah dalam USD perounze, di mana 1 Ounze = 31.1 gram

Layari www.publicgold.com.my untuk dapatkan Live Spot Price untuk Emas dan Perak atau laman web www.kitco.com

so, kita mendapati harga spot USD 1220.70 perounze. Kemudian dapatkan kadar tukaran USD dan RM di www.xe.com. Jadi kita akan mendapati;


1 USD bersamaan dengan RM 3.22

Pengiraannya adalah mudah, seperti berikut:


Ha.., murahkan? itulah harga spot gold, RM 126.40 semalam. 
Tapi belum habis lagi. Bagi harga pasaran atau jualan, harga ditetapkan dengan kadar premium oleh pedagan emas mengikut keperluan kos minting(tempa), assayer(pengesahan ketulenan emas), komisen jualan juga keuntungan syarikat dan ia sentiasa berbeza dan berubah-ubah. 


Pilihan bagi pelanggan adalah memilih untuk membeli emas pada harga premium yang rendah selain itu memilih untuk membeli emas dari syarikat yang menawarkan kadar susut nilai yang rendah. Ini akan menentukan berapa cepat dan berapa banyak pulangan keuntungan diatas pelaburan. Pastikan juga memilih syarikat yang urusan jual beli adalah mudah dan mempunyai cawangan yang banyak.


Wallahualam. 









Post a Comment


Archive





Disclaimer

Salam perkenalan :)



Blog ini diwujudkan untuk berkongsi ilmu yang berkaitan dengan Emas, Perak dan Wang kerana


Semoga dapat memberi manfaat, inshaAllah.


Contact



Chat